Selasa, 17 Juli 2012

ZAKAT (Muqadimah 5; harta berkembang)

 Apa maksud harta yang boleh berkembang?

Maksudnya ialah harta yang boleh mendatangkan hasil/pendapatan atau mempunyai potensi untuk mendatang hasil. Setiap harta yang dapat berkembang wajib dizakati baik yang terdapat dalam hadis atau tidak.

Berdasarkan syarat ini, maka tidak wajib zakat atas binatang tunggangan, rumah kediaman, alat perabot rumah, alat kerja dan sebagainya dari benda-benda yang diambil untuk kegunaan sendiri.[1] Ini kerana harta tersebut tidak berkembang dan tidak mempunyai potensi untuk berkembang.

Nota;

[1] Barang-barang ini disebut sebagai al-Qinyah (القنية) iaitu yang diambil untuk kegunaan sendiri, bukan untuk diniaga atau dilaburkan. (Lihat; al-Misbahul Munir).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar