Senin, 23 Juli 2012

Ahli-ahli waris

 Apa yang dimaksudkan ahli-ahli waris?

Ahli-ahli waris bermaksud orang-orang yang ditetapkan Syarak akan mewarisi harta si mati jika tiada orang yang menghadangnya dan tiada halangan. Ahli-ahli waris terdiri dari 25 orang semuanya iaitu 15 lelaki dan 10 perempuan.

Siapakah ahli-ahli waris lelaki?

1.(الإبن); iaitu anak lelaki
2.(ابن الإبن): iaitu anak lelaki kepada anak lelaki (yakni cucu lelaki dari sebelah anak lelaki) dan seterusnya ke bawah.
3.(الأب): iaitu bapa
4.(الجد): iaitu bapa kepada bapa (yakni datuk dari sebelah bapa) dan seterusnya ke atas
5.(الأخ الشقيق): iaitu saudara kandung lelaki seibu-sebapa
6.(الأخ لأب): iaitu saudara lelaki sebapa (الأخ لأب)
7.(الأخ لأم): iaitu saudara lelaki seibu
8.(ابن الأخ الشقيق): iaitu anak lelaki kepada saudara lelaki seibu-sebapa.
9.(ابن الأخ لأب): iaitu anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
10.(العم الشقيق): iaitu bapa saudara yang seibu dan sebapa (dengan bapa)
11.(العم لأب): iaitu bapa saudara yang sebapa (dengan bapa)
12.(ابن العم الشقيق): iaitu anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu dan sebapa (dengan bapa)
13.(ابن العم لأب): iaitu anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa (dengan bapa)
14.Suami (الزوج)
15.al-Mu’tiq (المعتق); iaitu lelaki yang membebaskan hamba.

Siapakah ahli-ahli waris perempuan?

1.(البنت): iaitu anak perempuan
2.(بنت الإبن): iaitu anak perempuan kepada anak lelaki (yakni cucu perempuan dari sebelah anak lelaki) dan seterusnya ke bawah.
3.(الأم); iaitu ibu
4.(الجدة لأم): iaitu nenek sebelah ibu (yakni ibu kepada ibu)
5.(الجدة لأب): iaitu nenek sebelah bapa (yakni ibu kepada bapa)
6.(الأخت الشقيقة): iaitu saudara perempuan seibu dan sebapa
7.(الأخت لأب): iaitu saudara perempuan sebapa
8.(الأخت لأم): iaitu saudara perempuan seibu
9.Isteri (الزوجة)
10.al-Mu’tiqah (المعتقة): iaitu perempuan yang membebaskan hamba.

Beberapa ulasan

1. Jika berhimpun semua waris lelaki di atas, maka yang akan mewarisi tiga orang sahaja iaitu;
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Adapun yang lain-lainnya terhijab/terhadang oleh tiga waris di atas.

2. Jika berhimpun semua waris perempuan di atas, maka yang akan mewarisi ialah lima orang sahaja iaitu;
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan kepada anak lelaki (yakni cucu perempuan)
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu-sebapa
5. Isteri

3. Jika berhimpun kesemua sekali ahli waris merangkumi lelaki dan perempuan di atas, maka yang akan mewarisi ialah lima orang;
1. Anak lelaki
2. Anak perempuan
3. Bapa
4. Ibu
5. Suami atau isteri.

4. Jika seorang perempuan mati dan meninggalkan semua waris perempuannya dan tidak ada seorangpun ahli waris lelaki, maka yang berhak mewarisi hanya empat orang sahaja iaitu;
1. Ibu
2. Anak perempuan
3. Cucu perempuan (بنت الإبن)
4. Saudara perempuan seibu-sebapa

5. Jika seorang lelaki mati dan meninggalkan semua waris dari kalangan lelaki dan tidak ada seorangpun ahli waris perempuan, maka yang berhak mewarisi hanya dua orang sahaja iaitu;
1. Bapa
2. Anak

6. Semua dari kalangan ahli waris lelaki harus memboloti keseluruhan harta pusaka –jika ia seorang sahaja ahli waris si mati yang ada- kecuali suami.

7. Semua dari kalangan ahli waris perempuan harus memboloti keseluruhan harta pusaka –jika ia seorang sahaja ahli waris si mati yang ada- kecuali isteri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar